Natives relocated by Bakun Dam rue unsafe infrastructure after big blaze

January 9, 2023

8AE5C473-32E1-420A-967B-E331D21F5E02MIRI – Thousands of natives relocated by the construction of the Bakun Dam in the Belaga district have been putting up with unsafe infrastructure for 25 years since their move to the Sg Asap resettlement scheme.

Among the biggest problems they face is faulty electrical wiring, which has resulted in devastating fires that destroyed their homes.

Social activist Harry Wing, who is among those relocated to Sg Asap, told The Vibes today that the resettlement scheme needs urgent repairs and upgrades.

“It has been 25 years since we were forced out of our original longhouses in what is now the Bakun Dam reservoir and relocated to Sg Asap.

“During the relocation operations in 1998, the state and federal governments hurriedly built the Sg Asap resettlement scheme.

“Until today, the wiring has not been upgraded or replaced. And this causes short circuits, blackouts, and fires.

“Our wooden longhouses are also rotting away. In every election, whether state or national, politicians will promise to look into repairing and upgrading our houses and facilities but very little has been done.”

He added that the population has increased from 10,000 to 40,000 and the residents are in need of more land and better houses.

Yesterday, a fire swept through a large longhouse block at the Sg Asap resettlement scheme, leaving 80 natives homeless.

The fire that started around 3pm destroyed about 16 housing quarters built adjacent to each other in the longhouse called Uma Bakah. – The Vibes, January 6, 2023
BY Stephen Then

Saya pinkan tulisan daripada Stephen Then dalam Blog kita untuk menjadi rujukan di masa depan. Untuk  kawasan BRS sahaja. Sétákat ini- sejak 25 tahun yang lalu telah berlaku 7 kebakaran di Kawasan Penempatan Semula Bakun Sungai Asap. Rumah-rumah panjaag yang telah mengalami musibah kebakaran Adalah Uma Lahanan, Uma Balui Liko, Uma Ukit, Uma Badeng, Uma Kulit, Uma Bawang dan yang terkini Uma Bakah. Apakah perlu lebih banyak lagi kebakaran sebelum apa-apa tindakan konkrit diambil oleh pihak berwajib?

8C6C3A61-070D-4D3D-A05C-0869DD9DF25E

Anwar Dibebas, Pakatan Akan Mara Ke Putrajaya.

January 9, 2012

Kira-kira jam 9.26 minit pagi tadi mahkamah melepas dan membebaskan Dato Sri Anwar Ibrahim daripada tuduhan LIWAT 2. Adakah ini menandakan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya??. Juga amat menarik PKR Sarawak telah memotretkan gambar dan mengedarkan poster/kalender 6 orang calon mereka yang akan bertanding di 6 kawasan parlimen (Sarawak) iaitu di.

Parlimen Limbang (Baru Bian), Baram (Roland Engan), Kanowit (Thomas Laja), Sri Aman (Nicholas Mujah), Selanggau (Joshua Jabeng) dan di Parlimen Lubok Antu(Nicholas Bawin). Maklumat dalaman PKR Sarawak juga menyebut bahawa mereka akan mengumumkan baki beberapa orang calon lagi dalam waktu terdekat.

Nampak gayanya pergerakkan Pakatan Rakyat di Sarawak keseluruhannya agak tersusun dan berstrategi. Bagimanapun Pakatan Rakyat Sarawak  (Parti PKR) masih lagi berhadapan kesukaran dalam menentukan beberapa calon di kawasan Parlimen Julau, Hulu Rajang,Kapit dan Saratok.

Walau pun Dato Sri Anwar Ibrahim dibebaskan, namun peguam negara mempunyai masa 14 hari untuk membuat rayuan. Perkembangan terkini memberitahu bahawa DSAI akan berlepas ke India malam ini untuk berjumpa dengan cucu pemimpin lagenda India, Mahatma Ghandi.

Kepada para pencemuh DSAI di Belaga, khususnya Asapkoyan2U, sanggupkah meminta maaf kepada DSAI  di atas fitnah dan kebiadaban anda selama ini???. Bertaubatlah wahai para sahabat…sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka dan ingatlah ALLAH itu maha pengasih dan maha penyayang.

Dalam pada itu Presiden Parti PRS mengumumkan bahawa parti itu telah bersedia sepenuhnya menghadapi PRU13. Berikut saya petik laporan daripada Borneo Post Online berkaitan persiapan PRS.

PRS sudah bersedia hadapi PRU: Masing

Posted on January 10, 2012, Tuesday

SIAP SEDIA: Masing (kanan) melihat sendiri persiapan rapi di Bilik Operasi PRS, di Kapit bagi menghadapi PRU yang akan berlangsung pada bila-bila masa.

KAPIT: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing yang juga merupakan Menteri Kemajuan Tanah berkata, parti pimpinan beliau sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Walaupun kami tidak mengetahui tarikh sebenar pilihan raya akan berlangsung, tetapi kami sudah bersedia daripada semua segi termasuk peralatan serta data-data pengundi,” katanya ketika melawat Bilik Operasi PRS yang terletak di tingkat tiga dan dua bangunan kedai, Jalan Penghulu di sini petang kelmarin.

Tambahnya, terdapat enam kawasan parlimen di bawah tiket PRS iaitu Kanowit, Selangau, Julau, Lubok Antu, Sri Aman, Hulu Rajang dan kesemuanya sudah bersedia menghadapi PRU yang akan diumumkan pada bila-bila masa.

Apibila ditanya mengenai calon yang akan bertanding untuk kerusi P216 Hulu Rajang, beliau hanya menutup mulut dan menegaskan ia adalah hak Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Negeri untuk membuat keputusan mengenai calon yang sesuai.

Ahli Parlimen P216 sedia ada ialah Datuk Billy Abit Joo yang telah berkhidmat selama lima penggal berturut-turut.

Dalam pada itu, setiausaha sulit beliau turut menyatakan kesediaannya untuk bertanding bagi kerusi P.216 Hulu Rajang dalam PRU kali ini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Wilson Nyabong Ijang, Setiausaha Sulit beliau sendiri Wilson Ugak Kumbong, Pegawai Belia dan Sukan Jack Janda Pioh, Ketua Pemuda PRS Baleh Bakat Gira  dan Pengerusi Wanita PRS Baleh Paulyne Pok Indam.

 

3 Hari Tanpa Setitis Air, Terima Kasih Barisan Nasional.

January 6, 2012

Saya dan keluarga sampai di Uma Nyaving Sungai Asap pada petang 23.12.2011, iaitu setelah menempuh perjalanan selama 2 setengah jam. Jalan Bintulu-Bakun masih rosak teruk seperti sedia kala. Cuma ada sedikit kerja-kerja menabur batu kasar di lubang-lubang yang semakin dalam. Perjalanan kami sekeluarga tersekat hampir 20 minit apabila sampai di jalan Bintulu-Miri, iaitu simpang memasuki jalan Bintulu-Bakun. Tempat ini memang biasa menjadi hentian penduduk Bakun untuk membeli “Babi Panggang dan minuman” sebelum meneruskan perjalanan sama ada ke Bakun-Sg.Asap atau dari Bakun ke Bintulu.

Tempat ini (simpang Similajau) amat sesak dan aktiviti perniagaan berjalan dengan meriah. Namun mendukacitakan ia amat merbahaya kerana gerai jualan dikiri dan kanan jalan terlalu hampir dengan lalulintas. Tambahan pula kenderaan yang melimpasi kawasan ini besar-besar, panjang-panjang dan berat-berat belaka. Tidak terfikikirkan pihak pemerintah untuk mengwujudkan suasana yang lebih selamat disamping menyediakan ruang rehat dan tempat perniagaan yang selamat untuk penduduk Bakun dan sekitarnya???

Bebalik kepada cuti Xmas di Sungai Asap. Bermula pagi 25.12.2011 hingga 27.12.2011 selama tiga hari bekalan air paip di penempatan semula Bakun Sg. Asap terputus sama sekali. Ketiadaan air paip menyebabkan semua aktiviti harian tergendala dan lebih malang kerja-kerja penyediaan juadah Xmas tidak dapat dijalankan.

Masalah seperti ini berulang setiap tahun atau lebih tepat lagi setiap 2 bulan pasti berlaku masalah terputus bekalan air paip di Penempatan Semula Bakun Sg.Asap, disamping masalah harian yang sering dilaporkan air paip yang kotor, berbau hapak, berbuih dan melekit. Bekalan elektrik pula sering terputus bila penggunaan pada musim perayaan memuncak. Sampai bilakah masalah ini akan selesai. Apakah setelah kita memperolehi sebuah kerajaan baru yang lebih bertanggungjawab dan beramanah???. Sama-sama kita nantikan.

Anak saya dan anak-anak buah saya yang pernah mengadakan demonstrasi membantah bekalan air yang kotor di Sg.Asap suatu ketika dulu sekali lagi menjadi mangsa ketiadaan air di musim Xmas yang lalu. Terima kasih Barisan Nasional

Belagakini 2011 in review

January 1, 2012

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Syndey Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 36,000 times in 2011. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 13 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

Selamat Hari Natal Dan Tahun Baru 2012

December 18, 2011

Saya ingin mewakili seisi keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Natal Dan Tahun Baru kepada semua pembaca Blog Belagakini. Saya ingin memohon maaf jika selama ini ada tulisan saya yang mungkin terlalu keras dan sukar difahami oleh sesetengah daripada kita. Apapun yang saya lakukan dan nukilkan, saya bermaksud untuk memperkuatkan bangsa kita dan ingin melihat bangsa kita maju dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Dengan kesempatan ini juga saya memohon maaf kepada kedua orang tua saya dan juga memohon maaf kepada ibu dan bapa mertua saya jika selama ini ada tersilap kata tersalah bahasa, mohon dimaafkan. Saya juga memohon maaf kepada semua ahli keluarga kami yang besar. Diharap agar kita dapat bermaaf-maafan di hari yang mulia ini. Semoga Hari Natal dan Tahun Baru yang bakal disambut memberi dimensi baru yang lebih segar dan bertenaga.

Saya juga dengan ini menjemput semua pembaca Blog Belagakini untuk datang mengunjungi rumah terbuka XMas kami seisi keluarga di No.7 & 8, Uma Nyaving Sungai Asap (24 & 25/12/2011). Anda juga boleh berjumpa dengan saya di Uma Juman Sungai Koyan dan juga di Uma Balui Liko. Saya juga ingin memberikan ucapan terima kasih kepada semua pembaca blog Belagakini yang sudi memberikan komen pada setiap posting yang diterbitkan. Tanpa anda semua saya pasti sudah tidak ingin menulis lagi. Teruskan sokongan anda kepada Blog Belagakini. Segala kelemahan dan kekurangan saya selama ini harap dimaafkan. Sekian terima kasih- Hary Wing Miku.

Persoalan “Pokok” Menjadi Persoalan “Hingusan”

November 19, 2011

Susulan posting saya bertajuk “Anak Maren Yang Malang” seorang rakan FB terkesan dengan perkataan “Budak hingusan PRS” yang saya gunakan. Justeru saya menjawab secara pendek dan selamba saja dalam FB. Namun rakan FB ini yang tidak ingin saya gelar budak hingusan,akan lebih selesa jika saya mengelar beliau Pangli5 PRS. Mungkin juga kerana beliau telah besar panjang, berpangkat dan berkedudukan. Maka bloger seperti saya harus pandai memilih perkataan yang sesuai untuk dipakukan di dahi beliau.

Namun persoalan pokok dalam posting tersebut bukan pasal budak hingusan PRS, persoalan pokok yang harus dibahas dan dijawab secara ilmiah oleh rakan FB terbabit adalah, bagaimana beliau boleh mempromosikan En. Wilson Ugak Kumbong sebagai bakal calon PRS di Parlimen Hulu Rajang dalam PRU yang akan datang. Sedangkan PM Najib pun belum memperhalusi senarai nama calon-calon BN.

Dalam bahasa yang mudah, kalau boleh rakan FB saya ini sepatutnya memberitahu kita bahawa Majlis tertinggi PRS telah memutuskan sedemikian dan nyatakan bila mesyuarat diadakan dan nyatakan juga kenapa YB Datuk Billy harus memberi laluan kepada wilson Ugak?? Kerana bila rakan FB saya ini bercakap berkaitan calon MP Hulu Rajang. Seolah-olah beliau berpangkat besar mengalahkan PM Najib dan juga Presiden Partinya sendiri. Siapa dia ini sebenarnya???

Saya bukan bermaksud menyebelahi YB Datuk Billy, sedangkan dalam banyak perkara saya mengkritik YB Datuk Billy dan YB Liwan Lagang. Maksud saya adalah adil jika calon PRS diumumkan setelah satu keputusan muktamat diperolehi oleh parti PRS atau pun PM sendiri yang umumkan. Maka kerjanya akan mudah. Sebab budaya dalam BN biasanya, siapa yang dipilih pucuk pimpinan parti, dialah yang akan dicalonkan.

Tambahan pula sudah semastinya YB Datuk Billy juga harus diberi peluang untuk menamakan calon yang beliau mahu untuk mengantikan beliau. Walaupun mungkin tidak akan diterima oleh parti, tapi sekurang-kurangnya beliau telah ada anak didiknya sendiri selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam arena politik.

Justeru saya nasihatkan rakan FB saya ini supaya jangan panas baran, apa salahnya kita jadi budak hingusan, dalam kita belajar merangkak dan bertatih. Jangan terlalu suka dipuja puji dan dijulang, sebab bila jatuh tersadong ke tanah, sakit tau….silap-silap patah tulang belakang.

10 Sungai Di Sarawak Tercemar: Sg. Koyan Menduduki Pencemaran Kelas 4.

November 13, 2011

Pada umumnya, setiap sungai di negara
ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
· Kelas 1- airnya boleh terus diminum tanpa rawatan (Cth: Sungai Kemesan suatu ketika dulu)
· Kelas 2 – airnya memerlukan rawatan biasa
· Kelas 3 – air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang
ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
· Kelas 4 – tercemar*
· Kelas 5 – hampir mati*
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Menurut laporan NREB (Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar) semalam dalam The Borneo Post Sungai Koyan menduduki tahap pencemaran tahap 4 dan sungai Belaga pada tahap 3. Apa perasaan anda penduduk-penduduk Belaga dan Sungai Asap-Koyan sekalian???. Selama ini lebih 10 ribu penduduk penempatan semula Bakun minum air dari sumber Sg.Koyan dan lebih 10 ribu lagi penduduk minum air bersumberkan sungai Belaga.

Dan selama ini juga penduduk-penduduk di kawasan terbabit mengadu mereka terpaksa berdepan masalah air minuman yang kotor seperti mana dilaporkan oleh blog ini juga. Jadi mana batang hidung Taib Mahmud datang tolong kita, mana YB Datuk Billy, mana YB Liwan yang dikatakan jaguh menyelesaikan semua masalah di Belaga itu??? Saya harap bloger Asapkoyan2u akan menjawab semua ini.

10 sungai di Sarawak tercemar

KUCHING: Daripada 51 batang sungai di Sarawak yang dipantau Lembaga Sumber Asli dan Alam sekitar (NREB) pada tahun lalu, 10 sungai dikategorikan tercemar dari segi kualiti air.

Sungai-sungai berkenaan termasuk di Kuching mengikut kelas (iaitu empat dan lima bagi paling kotor) iaitu Sungai Bintangor yang dikategorikan kelas empat, Sungai Sekama (kelas empat), Sungai Padungan (kelas empat), Sungai Maong (kelas empat), Sungai Tabuan (kelas empat) sementara di Sibu Batang Oya (kelas empat).

Di Miri sungai tercemar ialah Sungai Miri (kelas empat), Sungai Lutong (kelas empat), Sungai Belaga (kelas tiga) dan Sungai Koyan (kelas empat).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata sementara itu sebanyak 11 sungai dikategorikan bersih dan 30 sungai dikategorikan sedikit tercemar di negeri ini.

Beliau memberitahu antara punca-punca yang menyebabkan pencemaran termasuk sisa industri, loji kumbahan dan tangki septik, sisa pertanian serta ternakan.

“Sehubungan itu bagi menangani masalah pencemaran sungai, kementerian melakukan pelbagai usaha termasuk program ‘Satu Negeri Satu Sungai’ untuk mengembalikan sungai dan memuliharanya.

“Di Sarawak di bawah program ini, kita telah menjalankan beberapa aktiviti di Sungai Miri yang menelan kos RM2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian sambutan Hari Sungai Sedunia 2011 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib yang juga dihadiri Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Sementara bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian, kata Uggah pihaknya telah menjadikan Sungai Maong sedang dalam proses.

“Bagaimanapun kita memerlukan kerjasama daripada komuniti sendiri untuk terus memulihara sungai dan kita kini sedang giat menyebarkan mesej bahawa sisa makanan dari rumah mereka sebenarnya boleh dikitar semula,” tegas beliau.

Dalam usaha di Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara katanya telah menggunakan pendekatan yang meletakkan peralatan sistem kompos (baja) di rumah dan gerai untuk mengitar semula sisa makanan.

“Ini adalah cara kita mendidik masyarakat supaya mereka tahu bahawa lebihan makanan yang mereka ambil boleh dikitar semula dan menjadi wang,” tegasnya.

Sementara itu dalam ucapannya Uggah berkata di Malaysia terdapat 12,187 batang sungai yang ada namun kuantiti dan kualiti sumber air negara termasuk air sungai semakin terdedah kepada risiko kesan perubahan iklim dan pencemaran daripada pelbagai punca.

Mengulas mengenai sambutan Hari Sungai Sedunia itu katanya, ia merupakan julung kalinya diadakan di Malaysia.

Hari Sungai Sedunia yang bertemakan ‘Sungai Yang Hidup, Bersih dan Berdaya Huni” itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memelihara sungai di negara ini.

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/11/13/10-sungai-di-sarawak-tercemar/#ixzz1ddByFS4f

Anak “Maren” Yang Malang.

November 12, 2011

Telah hampir sebulan saya tidak mencatatkan apa-apa tentang perkembangan politik di Belaga. Tujuan saya untuk memberi ruang kepada YB dan orang-orang kuat BN di Belaga untuk bekerja tanpa kritikan. Moga dengan itu mereka akan lebih rajin, bersih cekap dan amanah.

Kali ini saya ingin bercakap berkaitan kisah dua orang anak “Maren” yang malang. Anak maren yang habis manis sepah dibuang. Anak maren yang pertama yang saya maksudkan ialah mantan YB kita di Belaga, Stanley Ajang Batok. Ketika krisis PBDS memuncak pada tahun 2006, Stanley memilih untuk menyertai SPDP. Namun malang bagi Stanley kerusi DUN Belaga diperuntukkan kepada PRS pimpinan James Masing, dan calon mereka ialah En. Liwan Lagang.

Walaupun berlaku lobi melobi, namun itu hanyalah silat mata saja. Yang sebenarnya yang mempunyai kata pemutus ialah Datuk Sri Nyipa Batok dan menantu beliau James Jemut Masing. Sudah tentulah mereka berdua ini tidak akan memilih Stanley Ajang Batok memendangkan berlaku perang dingin antara dua keluarga maren terbabit.

Sekarang ini kes yang serupa berulang kembali, seorang lagi anak maren iaitu Datuk Billy Abit akan ditongsampahkan oleh James Masing dan ayah mertua beliau. Sebabnya kerana Datuk Billy semakin berkuasa dan semakin mengontrol banyak bisnes di Belaga dan khususnya di Bakun dan Lusong Laku. Beberapa anak didik JamesMasing telah mula berkokok dan mewar-warkan bahawa Wilson Ugak Kumbong akan dicalonkan di parlimen Hulu Rajang.

Saya pasti keberanian beberapa budak hingusan PRS ini kerana mereka telah mendapat arahan daripada “Orang Atas”. Namun saya yakin bahawa Datuk Billy sudah tidak punya peluang lagi untuk mempertahankan parlimen Hulu Rajang. Alasan paling kuat kerana beliau telah tua, kurang bijak dan telah terlalu lama jadi YB. Dari segi sokongan James Masing selaku presiden PRS langsung tidak risau kerana dari segi kiraan matematiknya mereka boleh menang mudah di Hulu Rajang walau sesiapa pun diletakkan.

James Masing dalam pilihanraya Negeri yang lalu memperolehi majoriti yang banyak di DUN Baleh dan di DUN Belaga pula YB Liwan juga memperolehi majoriti yang amat selesa. Ini bermakna dua DUN yang membentuk Parlimen Hulu Rejang ini adalah kerusi yang selamat bagi PRS.

Seorang lagi anak maren yang malang yang juga ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu ialah saudara Ali Basah Kesing. Entah mengapa walaupun beliau berdiri atas tiket PKR dan bertekad memperjuangkan Hak-Hak Orang Ulu terhadap tanah NCR, namun masyarakat Belaga masih bebal dalam politik.

Namun mampukah rakyat Belaga dan Hulu Rejang keseluruhannya mengharapkan 3 orang anak Maren yang malang ini bangkit bergabung dan menumbangkan penguasaan “Datuk Sri James Jemut Masing Raja Orang Belaga” dan ayah mertua beliau??. Sama-sama kita nantikan PRU13 yang akan menjelang mungkin seawal Mac tahun depan.(diterbitkan tanpa edit-maaf jika banyak kesilapan ejaan)

Belaga: Ketua Kaum Bersuaralah Untuk Generasi Depan.

October 14, 2011

Ketika PM Najib membentangkan Bajet 2012, saya berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri ” Climate & Energy Forum:Towards Energy Efficiency & Safe Options”. Forum yang berlangsung selama 2 hari (8-9 oct 2011) telah diadakan di Faculty Of Law University Malaya. Saya mengambil tempat untuk membahaskan pengalaman saya yang terlibat secara langsung dalam pembinaan empangan hidro elektrik Bakun dan Murum. Ramai peserta dari dalam dan luar negara turut hadir (Jepun, Korea dan Australia).

Ketika forum berlangsung saya difahamkan oleh seorang kawan dari kuching menyatakan ketua-ketua kaum dari Belaga dan Bakun berada di kuching untuk berjumpa dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu gengsterisme di Tasik Empangan Bakun. Antara lain ketua-ketua kaum merayu kerajaan negeri supaya cepat menghalau “samseng taik kucing” dan membenarkan semula para penduduk 15 buah rumah panjang di Sg.Asap membalak di kawasan yang ditenggelami oleh tasik Bakun.

Tindakan sekumpulan ketua masyarakat ini sangat baik dan bijak, masakan tidak PRU13 telah hapir ke garisan akhir dan pastinya kerajaan akan tunduk kepada tekanan mereka. Selaras dengan tindakan yang telah digerakkan oleh kumpulan berkenaan, mereka harus juga terus menekan kerajaan untuk menunaikan janji-janji yang telah dilafaskan sebelum dan semasa pilihanraya negeri yang lepas.

Antara lain kerajaan belum lagi membayar 50% baki harga rumah panjang di hulu Bakun, belum lagi lagi menyambung penduduk Sg.Asap ke grid nasional(dijanjikan RM22 juta) dan yang amat penting memberi tarif elektrik yang murah dan kalau boleh PERCUMA.

Namun saya secara peribadi tidaklah menyokong tenaga elektrik yang percuma kerana secara logiknya benda-benda yang percuma ini akan tidak dihargai atau akan dibazirkan. Saya lebih cenderung kepada idea tarif domestik yang murah.

Saya menasihatkan Ketua-ketua kaum di Belaga ini supaya benar-benar bersuara untuk kaum yang mereka wakili. Nama pun sudah ketua kaum, tidak salah mereka bercakap untuk kaum masing-masing. Yakni kalau mereka ketua kerajaan maka mungkin wajib bagi mereka bercakap mewakili kerajaan. Saya tekankan demikian kerana sehingga hari ini belum ada ketua kaum di Belaga dan Bakun yang bercakap soal royalti penjanaan tenaga dari Bakun.

Falsafah Cina ada menyebut, kalau nak membentuk besi biarlah ketika masih panas. Mengambil prinsip bahawa pembinaan Bakun untuk pembangunan dan untuk keuntungan semua pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga Masyarakat Bakun. Jika begitu kedudukannya Sarawak Hidro Sdn.Bhd mengunjurkan akan memperoleh pendapatan minimum RM36 juta tahun ini dan RM112 tahun 2012. Sementara Kerajaan Negeri akan memperoleh RM7 juta tahun 2011 dan RM21 juta tahun 2012 (bayaran levi air). Pada saya adalah amat wajar ketua-ketua kaum menyuarakan supaya masayarakat Bakun dan Belaga keseluruhannya memperolehi keuntungan yang serupa. Maksud saya sejumlah wang dalam bentuk royalti harus dibayar kepada penduduk Bakun secara tetap setiap tahun.

Katua-ketua kaum harus ingat, jika pada permulaan hasil (Bakun) ini pihak kerajaan telah melupakan kaum Orang Ulu di Belaga, janganlah berharap mereka akan mempertimbangkan tuntutan kita di masa depan. Dua tiga hari ini “James Masing Raja Orang Belaga” bising pasal jalan raya Belaga-Bakun-Bintulu yang teruk. kenapakah PM Najib tidak memperuntukkan sejumlah wang untuk membaikkinya dalam Bajet yang baru dibentang???. Apakah PM Najib telah lupa janjinya kepada orang Belaga??? atau kerajaan BN tiada wang untuk Orang Ulu Belaga. Banyak janji PM Najib yang gagal dilaksanakan, maka bersediakah Ketua Kaum kita di Belaga menolak mereka dalam PRU13 nanti??.

PM Najib semasa lawatan ke Uma Belor awal januari 2011 dan semasa menyaksikan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Sarawak Hidro Sdn.Bhd dan Sarawak Energy Sdn.Bhd menyatakan rasa penghargaan kerajaan kepada kaum Orang Ulu Bakun. Namun seharusnya penghargaan itu harus diterjemahkan dalam bentuk pembayaran royalti dan pembekalan tenaga elektrik yang murah untuk orang Bakun.

Tahniah Menteri Muda, Bila Nak Bina Gereja?.

October 5, 2011

Apa yang dapat saya perhatikan ada 2 perkara yang paling besar dan paling berharga dimiliki oleh Orang Ulu sejak dulu lagi. Dua perkara itu ialah “Tanah Pusaka” dan “Seni Budaya”. Orang Ulu di Sarawak walaupun jumlah kita kecil sahaja iaitu sekitar 8% daripada sejumlah 2.4 juta penduduk Sarawak. Namun kita memiliki sebahagian (50%) daripada tanah di negeri ini.

Seni Budaya Orang Ulu pula adalah antara yang paling unik dan menarik sekali. Bukan sahaja dikagumi oleh masyarakat serantau malah dijulang hingga ke peringkat antarabangsa. Dimana-mana sahaja kita pergi, iklan dan majalah pelancongan pasti memaparkan wajah, tarian serta muzik Orang Ulu. Besarnya pengaruh budaya Orang Ulu ini hinggakan ia menjadi Xfactor untuk masyarakat dunia mengunjungi Malaysia dan khususnya Sarawak.

Kerana itulah lebih 30 tahun yang lalu  Orang Ulu dari Belaga pernah dilantik menjadi Menteri Tanah dalam Kabinet Negeri Sarawak. Dan setelah 30 berlalu, maka giliran YB.Liwan Lagang pula untuk menjadi Menteri Muda Pembangunan Sosial (Warisan dan Budaya) dalam kabinet CM Taib. Melalui posting kali ini Belagakini ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YB.Liwan Lagang.

Menyingkap semula sejarah,penglibatan YB.Liwan Lagang dalam arena politik pada tahun 2006. Teringat saya kepada Pak Cik Bilang di Uma Daro.Setelah tamat pilihanraya tahun 2006 satu pertemuan keluarga diadakan di Uma Daro. Pak Cik Bilang meminta supaya kami sekeluarga membantu YB.Liwan Lagang (ipar) dalam kerjaya politiknya dan biarlah sampai jadi menteri. Nampaknya doa dan harapan Pak Cik saya ini tercapai dalam masa dua penggal.

Namun sejak tahun 2005 lagi, saya tidak bijak bermain politik, saya tak pandai bermuka-muka dan memuji-muji. Setelah saya berfikir dengan agak panjang saya memutuskan untuk menjadi pengkritik tetap BN di Belaga . Saya memutuskan jangan kerana ipar saya menjadi YB dan sekarang menjadi menteri maka saya harus tutup mulut dan mula mengisi perut sendiri.

Saya berkeyakinan, rezeki datang dari TUHAN dan hanya usaha sahaja yang menentukan sama ada kita memperoleh banyak atau sedikit. Saya juga berkeyakinan bahawa melalui kritikan yang “jujur” pihak yang dikritik juga akan amat menghargai apa yang kita katakan. Ini terbukti dengan hubungan baik saya dengan YB.Liwan kekal hingga sekarang dan kami tetap boleh berhubung (telefon) pada bila-bila masa sahaja. Namun sejak akhir-akhir ini  beliau telah jarang menghubungi saya, mungkin kerana sibuk atau kerana telah besar kepala (begitukah)  atau dilarang oleh Bos beliau James Masing???

Terlanjur menyebut nama James Masing Raja Orang Belaga, saya berharap agar para pengikut JM tidak “frust menonggeng” kerana beliau tidak dilantik menjadi DCM. Saya memang tahu tidak mungkin JM dilantik menjadi DCM. CM Taib bukan bodoh, dengan meletakkan 2 wakil kaum Dayak menjadi DCM (Jabu dan Masing), ibarat menjerut leher sendiri. Apa yang CM Taib lakukan sekarang adalah untuk memancing semula sokongan semua kaum, khususnya kaum cina. Pada saya rombakan kabinet muktahir ini langsung tidak menarik sebab Taib masih pegang “remote control” semua keputusan, idea,cara perlaksanaan dan falsafahnya masih falsafah lama, iaitu falsafah pembangunan yang menguntungkan syarikat besar dan kroni BN dan yang rugi rakyat miskin.

Akhir sekali diharapkan dengan pertambahan kuasa yang ada kepada YB.Menteri kita dari Belaga ini, seharusnya percepatkanlah pembinaan gereja pusat seperti mana yang dicadangkan oleh YB.Liwan sendiri pada tahun 2006 yang lalu. Janganlah bina untuk SIB sahaja, orang kristian RC pun banyak yang sokong BN di Belaga. Jangan anggap Agama itu bukan budaya, sebab agamalah budaya kehidupan  yang sebenar dan mencorakkan kehidupan sosial yang harmoni dan sejahtera. Saya rasa Pak Cik Bilang pasti gembira jika niat suci pembinaan gereja ini dapat dicapai.